Uncategorized

“Mungkin Ada Yang Ketawa, bertepuk tangan…,”–Jadi peserta Terpaling Juara pertama tersingkir, ucapan Ifa Raziah buat ramai sedih

Meskipun sudah menunjukkan perubahan menerusi persembahan sehingga meraih komen positif pihak juri, namun ia masih belum cukup untuk menyelamatkan Ifa Raziah daripada menjadi peserta pertama tersingkir di program realiti, Terpaling Juara.

Menurut Ifa, dia akur dengan keputusan tersebut kerana merasakan dirinya sudah memberikan yang terbaik sepanjang menyertai program terbabit.

Saya akur tersingkir pada minggu ini. Tadi Datuk Hattan ada berjumpa dengan saya dan dia mengatakan, undian online saya rendah tetapi markah daripada pihak juri adalah tinggi.

“Mungkin para peminat saya semua hadir ke sini malam ini dan mereka tak sempat nak mengundi. Bagaimanapun, saya dah buat yang terbaik. Saya dah kata sejak awal, sama ada tersingkir atau mara ke pusingan akhir, saya tetap Ifa Raziah.

“Rezeki Allah itu luas dan bukan di sini sahaja. Dekat luar sana ada banyak lagi rezeki lain. Mungkin Allah nak tunjuk yang perjalanan saya hanya sampai di sini sahaja tapi dia nak bagi lebih lagi daripada apa yang saya dapat di sini,” katanya kepada MH.

Ifa yang membawakan lagu Purnama dendangan asal kapten pasukannya, Naim Daniel berkata sedemikian selepas tamat saingan Terpaling Juara, malam tadi.

Katanya lagi, dia akan meneruskan kerjaya seninya seperti biasa walaupun ada pihak yang bergembira dengan penyingkirannya itu.

“Semua ini bukan pengakhiran tetapi satu permulaan yang baru dan baik untuk saya. Mungkin ada yang ketawa, bertepuk tangan atau bersorak kerana saya tersingkir tatapi ia tidak mematahkan semangat saya.

“Saya tetap di sini, berdiri teguh dan masih relavan di dalam industri. Orang masih lagi memanggil saya untuk buat persembahan, berlakon dan mengacara. Yang ketawakan saya itu, hidup mereka masih sama sahaja.

“Saya okay sahaja bila ada orang yang tak suka atau membenci saya. Saya berterima kasih kerana mereka ini yang memberikan promosi percuma kepada saya.

 

“Terima kasih kerana kini saya makin dikenali, diperkatakan dan dipertikaikan. Reda itu penting. Kalau tak reda, hati kita tak akan tenang,” ujarnya lagi.

 

Dalam pada itu, Ifa turut menyifatkan minggu ini sebagai minggu yang penuh hikmah di dalam hidupnya.

Saya sifatkan minggu ini sabagai minggu yang penuh hikmah. Pertama, saya dapat mengenali guru vokal, Shaffiq Erwin secara lebih dekat. Saya juga minta dia sendiri untuk betulkan kelemahan nyanyian saya.

“Yang kedua, pendakwah, Ustazah Asma Harun datang sendiri berjumpa dengan saya setelah menyelar diri saya sebagai seorang yang istijraj. Seorang pendakwah datang memohon maaf kepada saya.

“Mungkin pada mata orang saya ini hina tapi mungkin tidak dipandangan Allah SWT,” akhirinya.

Terdahulu, pada konsert minggu keempat ini, penyanyi, Hazami seakan bangkit daripada tidur apabila persembahan mantapnya menerusi lagu Mewangi dipilih sebagai persembahan terbaik sekaligus membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000.

Terpaling Juara dihoskan oleh gandingan pengacara Shiha Zikir dan Haziq Hussni manakal posisi juri tetap pula disandang oleh dua penyanyi lagenda tanah air iaitu Datuk Hattan dan Fauziah Latif.

Baru-baru ini perkongsian penyanyi sensasi, Ifa Raziah menjadi perhatian ramai apabila meluahkan rasa sebak dan terharu berpeluang untuk bertemu dengan pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun.

Menerusi video dikongsikan, Ifa terkejut dan menangis apabila menerima kunjungan daripada Ustazah Asma di sebuah bilik.

Menurut Ifa, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk bertemu dengan pendakwah itu dan tidak sangka rezekinya dapat bertemu di satu majlis baru-baru ini.

Kata Ifa lagi, dia tiada masalah jika ada yang mahu menegurnya lebih-lebih lagi untuk kebaikan.

“Saya nak sangat jumpa ustazah depan-depan, tapi tak ada sesiapa pun yang nak bawa saya.

Selepas itu saya terfikir, eh ada Anugerah Nona Superwoman, masa ini lah peluang saya untuk berjumpa dengan ustazah.

“Saya juga pernah minta untuk buat photoshoot bersama ustazah semata-mata tak sabar nak jumpa.

Sebenarnya siapa tegur saya okay je sebenarnya, itu adalah kebaikan sebab kita nak masuk syurga kan?

Kalau betul salah, saya minta maaf,” katanya.

Perkongsian Ifa itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sebak melihat pertemuan penyanyi itu serta Ustazah Asma serta mendoakan yang baik-baik sahaja.

Video

 

Terdahulu Ustazah Asma kerap beri teguran kepada Ifa Raziah. Menerusi hantaran di Facebook, Ustazah Asma’, peluang untuk menunaikan haji atau umrah itu memang direzekikan kepada mereka yang terpilih, namun kayu ukur yang lebih penting ialah apa perubahan yang berlaku pada diri kita selepas pulang daripada haji atau umrah? Adakah akhlak dan ibadah kita lebih baik, sama sahaja atau semakin buruk? Allahuakbar.

Ujarnya lagi, jangan salah faham jika ada individu yang hendak menegur kita kerana dia bukan hendak membuat kerja Allah SWT, namun sedaya upaya melaksanakan kerja yang Allah SWT perintahkan sebagai seorang saudara se-Islam.

Menutup aurat bukan ertinya berlagak suci, juga yang berhujah dengan ayat ‘kita tidak tahu bagaimana pengakhiran hidup masing-masing, jangan disebut aib orang secara terbuka dan lain-lain.

Semua ayat itu hanya hujah akal untuk halalkan dosa secara terbuka.

Sumber : Ustazah Asma’ Harun, rotikaya, ohbulan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Kredit Foto: Instagram TV3

Sumber: MH

Leave a Reply

Your email address will not be published.