Uncategorized

“Bapa saya selalu pesan…” – Pertemuan terakhir Aman Shah, anak selepas 20 tahun terpisah

KUALA LUMPUR: Selepas hampir 20 tahun terpisah, kedatangan Allahyarham Aman Shah pada majlis pertunangan anaknya yang juga penyanyi dan komposer dari Singapura, Afrah Athasha pada 3 September lalu memberi petanda sebagai pertemuan terakhir mereka.

Menerusi laman Instagram, Afrah memuat naik luahan kesedihan kira-kira empat jam lalu.

“Saya merasakan kesedihan yang amat sangat dan mengesahkan pemergian bapa.

“Kami sekeluarga amat menghargai jika diberi privasi pada waktu sukar ini.

“Susulan pemergian bapa, semua acara yang saya jayakan akan dibatalkan, minggu ini,” tulisnya.

Afrah memberitahu, dia dan seisi keluarganya kini berada di Kuala Lumpur.

“Saya amat menghargai sekiranya diberikan privasi.

“Saya tidak akan menjawab sebarang pertanyaan media,” katanya.

Menerusi IG, Afrah mohon diberikan privasi pada waktu sukar pemergian arwh bapanya. – Foto IG Afrah Athasha

Afrah turut memaklumkan jen4zah arwh bapanya dibawa ke Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai, Cheras untuk solat jenazah.

Aman pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan duo, The Queens dari Singapura, Farah Diba Abdul Aziz pada 1980-an.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata termasuk Afrah dan berpisah hampir 20 tahun lalu.

Sebelum itu, Aman Shah berkahwin dengan pemenang Miss Kelantan, Rohani Nik, tetapi perkahwinan hanya bertahan selama dua tahun.

Memetik laporan Berita Harian Singapura, Aman Shah hadir pada majlis pertunangan Afrah yang berlangsung di Into The Woods@213 Lavender Street, Singapura pada 3 September lalu.

Ketika ditemui, penyanyi yang popular menerusi lagu Adikku Pandai Menari dan Kepulangan Yang Dinanti itu minta tidak diwawancara kerana mahukan privasi.

Beliau juga meminta wartawan mendoakan masa depan anaknya, Afrah dan tahap kesihatannya kerana menghadapi penyakit jantung.

Allahyarham Aman Shah sempat menghadiri majlis pertunangan Afrah di Singapura pada 3 September lalu. – Foto IG Afrah Athasha

Pada majlis pertunangan itu, Afrah menjelaskan, betapa hatinya gembira dapat menjalin hubungan akrab dengan bapanya selepas terpisah hampir 20 tahun.

Afrah dijaga Farah Diba di Singapura, manakala Aman Shah menetap di Malaysia.

“Bapa saya selalu pesan agar saya bekerja keras demi seni yang saya cintai. Ini kerana tidak akan ada jalan pintas untuk mencapai kejayaan.

“Saya akan pegang nasihatnya dan akan bekerja keras dengan keringat saya sendiri, bukan menumpang populariti bapa,” kata Afrah kepada Berita Harian Singapura.

Dalam pada itu,PESANAN terakhir Allahyarham Aman Shah kepada anak sulungnya iaitu Hadzly akan terus dikenang dan menjadi amanat yang perlu dipegang sepanjang hayat.

Menurut Hadzly, 43, sejak kecil hubungannya dengan bapa agak renggang, namun ia kembali terjalin erat selepas dia mengambil keputusan tinggal berdekatan di Kuala Lumpur.

“Sebenarnya saya tidak rapat dengan arwah ketika kecil kerana dibesarkan oleh arwah nenek.

“Selepas bekerja dan menetap di Kuala Lumpur barulah hubungan kami akrab dan dia selalu ajak bercuti sama jika ada masa lapang.

Jenazah arwah Aman Shah dikebumikan pada malam Rabu.

“Kali terakhir pesanan arwah kepada saya adalah untuk menjaga baik semua anak-anak. Itu adalah amanat yang akan sentiasa saya pegang,” katanya kepada mStar.

Hadzly ditemui semasa pengebumian arwah bapanya itu yang diadakan di Masjid Al- Mukhlisin, Alam Damai, Cheras, Selangor pada petang Rabu.

Dalam pada itu, Hadzly menyifatkan lagu popular nyanyian arwah berjudul Kepulangan Yang Di Nanti terlalu istimewa dan dekat dengan dirinya.

“Lagu tersebut sebenarnya menceritakan tentang kisah anak-anaknya. Syukur selepas kembali rapat kami tidak pernah lepas peluang untuk kembali sambut raya bersama,” jelasnya.

Hadzly merupakan anak sulung Aman hasil perkahwinan pertama dengan bekas isteri iaitu Rohani Nik.

Lagu tersebut sebenarnya menceritakan tentang kisah anak-anaknya. Syukur selepas kembali rapat kami tidak pernah lepas peluang untuk kembali sambut raya bersama

Terdahulu, pelakon filem Darah Satria dan Cikgu Sayang itu menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Koronari (CCU), IJN akibat komplikasi jantung, kira-kira jam 2.20 petang ini.

Jen4zahya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai, Cheras, malam ini.

Allahyarham Aman Shah meninggalkan enam cahaya mata.

Filem Darah Satria, dan lagu Raya “Kepulangan Yang Dinanti” Paling Di Ingati

“SAYA masih ingat lakonannya sebagai pegawai tentera yang cedera parah terkena jerangkap samar dalam filem Darah Satria.

“Dan mana mungkin kita semua lupa lagu dendangannya Kepulangan Yang Dinanti setiap kali menjelang Aidil Fitri.

“CEO Datum Corp, Tuan Azmil Shukor sempat menziarahi sahabat karibnya itu di IJN malam tadi.

“Pukul 2 petang tadi, dia menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam usia 68 tahun.

“Innalilahiwainalilahirojiun…AMAN SHAH”-bekas wartawan Syahrill A. Kadir

Lagu Raya Best Kepulangan Yang Dinanti – Aman Shah

 

Leftenan muda arif dinaikkan pangkat – Darah Satria

Allahyrham fokus akhirat

Selain itu, Allahyrham pernah memberitahu tidak mahu terikat dengan mana-mana pihak kerana akan membuatkannya hilang fokus terhadap dunia barunya.

” Saya tak nak lagi terlalu duniawi. Saya sekarang terpaksa tarik diri sikit dan perlu lebihkan fokus ke alam akhirat. Saya mengaku dulu terlalu sibuk dengan karier sebagai artis dan terleka.

” Alhamdulillah sekarang saya cukup masa untuk dunia dan akhirat. Itu yang penting bagi saya sekarang.

” Saya banyak muhasabah diri setiap kali berada di rumah. Itu yang bagusnya kalau tak sibuk kerana banyak masa boleh digunakan untuk berfikir dan merenung apa yang akan berlaku,” katanya dipetik sebagai berkata pada 2018.

Menurut Aman, perubahan yang berlaku dalam dirinya ini bermula selepas usianya mencecah 50-an.

” Dulu saya tak dapat buat amal ibadat kerana terlalu fokus pada kerjaya. Jadual dan masa memang padat.

” Rasanya artis sekarang pun kalah dengan artis zaman saya. Kadang-kadang nak balik rumah pun tak sempat,” katanya.

Selesa hidup solo

Memetik laporan Hmetro pada 2018, Allahyrham bercerita kisah peribadi di mana dia mengakui sudah hidup solo sejak enam tahun lalu (2012). Dia boleh menerima takdir hidupnya dan tetap menjalani kehidupan seperti biasa.

” Insya-Allah kebahagiaan sebenar sudah ada dalam hati dan jiwa saya. Saya dah tahu apa yang saya cari.

” Bagaimanapun, saya tak tutup pintu hati terhadap wanita kerana memang ada orang yang sudi menjadi peneman saya. Cuma, syarat yang saya bagi kepadanya agak berat juga.

” Dulu saya tiada syarat untuk wanita dan kalau suka terus kahwin. Sekarang saya kena duduk dengan wanita itu dan jelaskan ciri-ciri yang saya nak,” katanya.

Allahyrham pernah berkahwin tiga kali. Dengan isteri pertama, dia mempunyai seorang anak dan dia kini mempunyai empat cucu.

Menerusi perkahwinan kedua, dia mempunyai tiga anak yang kini menetap di Singapura. Dengan bekas isteri ketiga, dia dikurniakan dua anak yang kini berada di tingkatan satu dan tahun satu.

 

Sumber: BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *