Uncategorized

Salah seorang jemaah berani pegang janggut Ustaz Azhar. Tindakan pengiring blh buat dia kecut perut

PETALING JAYA – Tindakan spontan seorang lelaki memegang janggut penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus ketika sesi bersalaman telah menerima tenungan tajam oleh pegawai pengiring yang bertugas.
Advertisement

Situasi itu sempat dirakam oleh tetamu lain yang turut hadir dalam sesi ceramah Ustaz Azhar Idrus di sebuah masjid baru-baru ini.

Rakaman tersebut dikongsikan pengguna media sosial, Fyfa Dhaus dan telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya ‘geli hati’ melihat reaksi balas dari pegawai pengiring tersebut.

“Alamak, abang baju hitam dah tenung tajam, ini kalau dapat, memang kena la lelaki tadi,” seloroh Hidayat.

“Nanti mesti ada soal jawab dalam sesi ceramah lain Ustaz Azhar Idrus yang akan tanya tentang perasaan ustaz apabila ada yang sentuh janggut ustaz,” kata seorang pengguna.

“Abang ‘bodyguard’ intai tak kedip mata, mesti dalam hati tengah panas, suka hati betul dia lelaki itu pegang janggung ustaz,” komen Cik Emy.

“Abang itu nak ambil berkat dari ustaz rasanya, dapat sentuh janggut pun sudah cukup,” ujar pengguna lain. – KOSMO! ONLINE.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *