“Ada bayaran yang perlu dibuat…” – Aishah dah boleh duduk tenang, ini tawaran diberikan penaja buat Aishah terus setuju - Menujukebenaran
Uncategorized

“Ada bayaran yang perlu dibuat…” – Aishah dah boleh duduk tenang, ini tawaran diberikan penaja buat Aishah terus setuju

PENYANYI Datuk Aishah meluahkan rasa syukur apabila kes berkaitan tuntutan sebidang tanah lot banglo yang dimenangi ketika menyertai program realiti Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada tahun 2017 akhirnya selesai.

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 57, memberitahu dia kini sudah boleh menarik nafas lega selepas lima tahun membuat tuntutan hadiah tersebut.

“Alhamdulillah semua sudah selesai. Saya bukan suka nak kecoh-kecoh begini, tetapi ia harus diselesaikan. Sekarang saya boleh duduk dengan tenang.

Aishah bersetuju dengan tawaran yang dibuat penaja di mahkamah.

“Terima kasih kepada pihak peguam kerana sudi mengambil kes ini. Betul-betul cukup lima tahun baru ada penyelesaian!” katanya kepada mStar.

Terdahulu, Aishah memuat naik video ucapan wakil peguam dari Tetuan Izwan Mazniza Kamil & Associates yang menjelaskan pihak penaja bersetuju membuat bayaran kepada Aishah.

Peguamnya iaitu Mohammad Izwan Azmi memberitahu pihak penaja hadiah berkenaan tampil dengan satu dokumen tawaran penyelesaian dan dipersetujui oleh Aishah sendiri.

“Tahniah kepada Datuk Aishah kes ini selesai. Terdapat proposal settlement dari pihak penaja dan Aishah sendiri telah bersetuju.

Saya bukan suka nak kecoh-kecoh begini, tetapi ia harus diselesaikan. Sekarang saya boleh duduk dengan tenang

“Ada bayaran yang perlu dibuat dan beberapa tindakan perlu dilakukan oleh pihak penaja,” jelasnya.

Pada GV4 itu, Aishah dinobatkan sebagai juara manakala tempat kedua dan ketiga adalah penyanyi Liza Hanim dan Lan Solo.
Aishah ketika bergelar juara GV4.

Kemenangan itu melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, sebidang tanah lot banglo, pakej percutian ke Eropah Timur, barangan kemas, baucar beli-belah bernilai RM6,000 berserta piala.

Bagaimanapun timbul isu apabila penaja bagaimanapun tidak memenuhi apa yang dijanjikan sebaliknya mahu memberi sebidang tanah yang saiznya lebih kecil berbanding lot banglo tersebut.

Sebelum ini PENYANYI Datuk Aishah meluahkan rasa hampa dan kecewa apabila masih belum menerima hadiah sebidang tanah lot banglo yang dimenanginya ketika menyertai program realiti nyanyian, Gegar Vaganza musim empat (GV4) pada tahun 2017.

Lebih lima tahun menunggu, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 57, berkata isu tuntutan hadiah ini masih berpanjangan hingga perlu diselesaikan secara perundangan.

“Detik yang penuh bermakna, mimpi saya menjadi kenyataan. Hari ini dan beberapa hari akan datang sepatutnya saya boleh berehat seketika tetapi malangnya mulai pagi esok (Isnin) saya terpaksa ke mahkamah untuk ke tuntutan hadiah tanah GV4

“Kalau dah berjanji untuk beri hadiah tunaikanlah saja. Kalau tidak elok jangan mimpi nak jadi penaja,” katanya.

Aishah berkongsi luahan hatinya itu menerusi laman Instagram pada Isnin.

Bersama kapsyen tersebut, penyanyi lagu Janji Manismu ini turut berkongsi foto semasa menjayakan konsert Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada Sabtu lalu.

Dalam pada itu, Aishah berkata dia memilih untuk menyelesaikan isu ini di mahkamah kerana sudah lama menunggu hadiah berkenaan dan enggan lagi anak seni dipermainkan.

“Berapa tahun dah menunggu tetapi hingga sampai naik ke mahkamah juga. Doakan yang terbaik.

“Saya hanya menuntut hak saya yang telah dijanjikan. Jangan buat begini kepada anak seni,” luahnya.

Sekitar 2018, Aishah pernah menyuarakan rasa tidak puas hati kerana masih tidak menerima hadiah sebidang tanah yang dimenangi selaku juara program berkenaan.

Dalam program itu, Aishah mengetepikan peserta akhir iaitu Liza Hanim, Hazami, Tia Jinbara, Firman dan Lan Solo.

Kemenangan itu melayakkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,00, sebidang tanah tanah lot banglo, pakaj percutian ke Eropah Timur, barangan kemas, baucer beli-belah bernilai RM6,000 berserta piala.

 

kredit:mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button