Uncategorized

Kisah Bob Lokman Pernah Hilang Nikmat Kerana S0mbong, Isteri Pula Cabut Lari Namun Syukur… Allah Masih Sayang

Berikut satu perkongsian arwah Bob Lokman mengenai kehidupan silamnya benar-benar memberi kesan dalam hidup kita… Lihat, betapa Allah sayangkan dia dengan menurunkan pelbagai ujian, seterusnya berakhir dengan kesempurnaan.

Dia jemput ke negeri abadi pada Jumaat yang mulia… Perkiraan kehidupan seseorang bukan dilihat macam mana ia bermula tetapi bagaimana ia berakhir. Al-Fatihah dihadiahkan buat arwah Bob Lokman.

Bob Lokman hilang nikmat kerana sombong, isteri pula cabut lari namun syukur… Allah masih sayang

ROCK dan Bob Lokman… ia ibarat makanan yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan manusia.

Kerana kecintaannya kepada irama muzik itu, tiada satu pun kelab rock di negara ini yang tidak dikunjunginya. Begitu juga poster-poster penyanyi dan kumpulan rock yang semestinya menjadi koleksi simpanan.

Nama Bob Lokman dalam dunia muzik tempatan juga bukanlah asing. Lirik lagu Isabella nyanyian Amy (Search) sebagai contoh antara karya yang benar-benar mengangkat namanya sehinggakan ia dijadikan filem dengan judul berkenaan.

Selain Isabella, dia mencipta nama dengan lagu Taman Rashidah Utama (Wings), Rendang Tak Berbuah (Hattan) adalah antara lagu yang mendapat sentuhan emas Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman.

“Saya peminat muzik rock, di mana kelab yang ada main muzik rock, saya pasti akan sampai.

“Saya pernah ada komputer riba yang menyimpan lagu-lagu rock yang boleh didengar secara berterusan selama 12 hari,” kata penulis lirik itu ketika ditemui di kediamannya di Sungai Buloh, Selangor.

Namun begitu, kecintaannya pada rock selepas 20 tahun berubah tiba-tiba apabila dia membuat kejutan dengan menarik diri sebagai juri tetap rancangan Raja Lawak musim kelima iaitu pada 2011 ketika ia sedang bersiaran langsung.

Sewaktu Bob membuat keputusan mendadak itu, dia sebenarnya sudah mula memperlahankan rentak kerjayanya dan mendekati cara hidup yang menjurus kepada hal ehwal agama Islam.

Bob seolah-olah tersedar daripada mimpi, muzik rock yang menjadi nadi hidupnya sebelum ini telah dianggap sebagai sesuatu yang melalaikan.

“Sekarang saya dah tak simpan poster penyanyi rock, semuanya saya dah buang. Laptop yang penuh lagu tu pun saya pecahkan,” ujarnya.

Punca penghijrahan Bob bermula ketika dia disahkan lumpuh pada 1997 selama setahun pada usia 33 tahun.

“Bermula daripada lumpuh tu datang masalah-masalah lain, kemudian saya kena sakit jantung dan darah tinggi.

“Saya kuat merokok. Itulah takdir yang saya pilih dan bukannya yang Allah tetapkan. Kita boleh memilih takdir, kalau kita pilih takdir macam ni, maka kita dapatlah akibat dia,” katanya.

Selain menulis lirik, Bob juga pernah aktif bergelar pengacara.

Selepas mengalami lumpuh, Bob diuji pula dengan keretakan rumah tangga.

Baginya, ujian kesihatan dan kewangan tidak sebesar dugaan kehilangan seorang isteri.

“Isteri saya lari, tinggalkan saya dengan anak-anak yang masih kecil sebab dia rasa saya tiada masa depan. Benda tu menjadi satu ujian paling besar sehingga saya hilang arah selama hampir 12 tahun,” luah Bob yang akhirnya berkahwin lain.

Perpisahan itu membuatkan Bob mengimbau kembali lirik-lirik lagu yang pernah ditulisnya.

Dia menghasilkan sebanyak 350 lagu yang kebanyakannya berkisar tentang kekecewaan dan putus cinta.

“Rupa-rupanya apa yang saya tulis tu jadi balik pada diri saya sehingga saya tak boleh menulis lagi dah. Saya tulis dulu sebelum cerita berlaku, jadi saya anggap ia sebagai satu kifarah kepada saya,” ujarnya.

Pada 2004, Bob mula terdetik untuk melarikan diri daripada dunia popular.

“Saya terfikir macam mana nak berubah, tak nak lagi jadi popular, tak nak cari makan dengan cara yang sombong sebab saya sombong ketika saya popular.

“Saya jarang senyum dan memilih orang untuk berkawan, saya tak kawan dengan orang bodoh, saya tak mendekatkan diri dengan mereka lebih-lebih lagi kalau nak minta bantuan saya,” jelasnya.

Bagaimanapun teguran daripada seorang ulama membuatkan dia akhirnya tersedar.

“Ulama tu kata ‘Bob Lokman ni dulu orang yang sombong’. Saya tanya, ‘ye ke ustaz?’ Dulu ustaz tu nak tegur saya pun segan.

“Apabila datang teguran tu saya pun berfikir, betullah saya seorang yang sombong. Dan bermula dari situlah bermulanya proses hijrah saya,” katanya yang membuat keputusan untuk berubah menjadi lebih baik.

Bob kini bergantung dengan tabung oksigen untuk bantuan pernafasan ketika tidur dan terpaksa mengambil 13 jenis ubat dengan kos lebih RM1,000 sebulan.

Walaupun pada hakikatnya Bob sering terlantar sakit, namun takdir mendahului segalanya apabila anak sulung yang menjaganya selama ini dijemput Ilahi pada 5 Oktober lalu.

Mohamad Adam, 25, yang mempunyai sejarah mengidap ketumbuhan di bahagian otak ketika kecil telah meninggal dunia selepas rebah di beranda rumah mereka yang terletak di Saujana Akasia, Sungai Buloh.

Biarpun sedih dengan kehilangan anak yang menjaganya selama ini, namun Bob bersyukur pada usia lanjutnya, Allah menggerakkan hatinya untuk menjadi lebih baik.

‘Bob Lokman seorang periang’ – Awie – Harian Metro

Pernah berkhidmat membntu merangka perjalanan kumpulan Wings sekitar tahun 1980-an, penyanyi rock legenda Datuk Awie menyifatkan Allahyrham Bob Lokman sebagai seorang yang bercita-cita tinggi.

Bermula sebagai penjual buah tembikai, Bob Lokman mula mengikuti kumpulan Wings secara suka-suka pada satu ketika dahulu.

Jelas Awie, kebijaksanaan arwh bertutur dan berkomunikasi antara faktor yang menjadikan beliau sebagai pengurus Wings ketika itu.

“Bob adalah pemldato terbaik di sekolahnya jadi itu antara kelebihan dan kebolehan yang menjadikannya sebagai pengurus Wings ketika tahun 1980-an”

“Sebenarnya, Bob merupakan peniaga buah tembikai, namun beliau sering mengikut Wings membuat persembahan di beberapa tempat dan akhirnya mengatur perjalanan kerjaya kami”

“Mengenali beliau memang mempunyai cita-cita dan impian yang tinggi untuk berkhidmat kepada masyarakat. Pernah satu ketika, kami bersama-sama menjadi penceramah bebas di B4ling, Kedah”

“Bob ingin menjadi wakil rakyat untuk orang ramai. Antara hasratnya adalah untuk bertandlng,” kata Awie kepada Harian Metro. Mengimbas kembali personaliti dan karakter Bob, Awie menyifatkan arwh sebagai individu yang peri4ng”

“Malah, jenaka bersahajanya sering membuatkan rakan-rakan tidak kering gusi dengan kehadirannya”

“Ketika awal perkenalan dulu, kami tidak tahu beliau mempunyai kebolehan dalam bidang penulisan”

“Cuma karakternya yang periang membuatkan kami dekat dan mudah mesra”

“Ap4tah lagi, dengan wjah bersahaja namun membuatkan kita ketawa tidak kering gusi”

“Itu adalah momen yang diingati satu ketika dahulu ketika beliau bersama-sama Wings,” katanya.

Penulis lirik terkemuka tanah air yang juga pelakon terkenal, Bob Lokman, 58, mennggal dunia hari ini.

Difahamkan Bob Lokman atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman mennggal dunia di kampung halamannya di Kubang Kerian, Kelantan.

kredit: mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *