Kongsi Satu Foto Tentang Arwh Bob Lokman, Awie Buat Ramai Peminat Sebak - Menujukebenaran
Uncategorized

Kongsi Satu Foto Tentang Arwh Bob Lokman, Awie Buat Ramai Peminat Sebak

Memang tak asing lagi kita dengan berita ini. Pemergian pelakon, pengacara dan penulisan lirik terkenal, Bob Lokman sememangnya memberi kesan yang mendalam kepada ramai pihak terutamanya buat rakan-rakan seperjuangan industri seni tanah air.

Antara yang turut sama menitipkan nukilan indah buat arwah Bob termasuklah penyanyi dan pelakon terkenal, Datuk Awie.

Menurut Awie, dia dan Bob pernah mengharungi pelbagai detik suka dan duka sepanjang bergelar anak seni dan yang lebih utama sebagai seorang sahabat.

Katanya lagi, segala kenangannya bersama Bob akan sentiasa tersemat di hatinya.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Selamat jalan sahabat. Banyak sejarah kita bersama. Suka, duka dan jasa.

Aku simpan dan aku hormati semuanya. Satu hari kita akan jumpa di sana,” tulisnya. Nukilan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Kids Nowadays itu menerusi entri terkini di laman Instagram.

Menerusi posting, Awie turut memuat naik fotonya bersama arwah Bob ketika mereka masih muda.

Dalam pada itu, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman turut menyifatkan pemergian arwah Bob sememangnya memberi hikmah dan mengingatkannya tentang kematian.

“Aku doakan semoga kau diampunkan segala dosa dan tenang disana disamping kekasih-kekasih Allah SWT”.

Allahuakbar, kawan-kawan ku semua, masa kita akan sampai nanti. Al-Fatehah,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan rasa sebak selain turut mendoakan semoga arwah Bob ditempatkan dikalangan orang beriman.

Kata warganet lagi “Almarhum Bob Lokman dan Wings satu ketika dahulu nama yang tidak boleh dipisahkan.

“Salam takziah. Semoga Almarhum Bok Lokman ditempatkan dalam golongan para soliheen.

“Semoga tenang di sana Abang Bob. “Perginya seorang yang berbakat besar dalam industri muzik tanah air.

Khususnya lagu Isabella dan Taman Rashidah Utama yang menjadi karya hebat beliau. “Kita semua akan ke sana juga nanti. Semoga keluarga Bob Lokman tabah menghadapi dugaan ini,” antara komen-komen warganet.

Terhadulu, arwah Bob sememangnya mempu hubungan yang sangat akrab dengan Awie kerana arwah bertanggungjawab menulis lagu-lagu popular kumpulan Wings seperti Intanku Kesepian dan Taman Rashidah Utama.

Bagi generasi masa kini, Bob Lokman bukan siapa siapa, malah mungkin langsung tidak dikenali rupa dan sosoknya seperti apa.

Namun buat karyawan seni tanah air dari penikmat karya, pelawak hingga muzik, berpulangnya Allahyarham Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman umpama kehilangan emas permata.

Masakan tidak, untuk memperkenalkan Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 58 tahun, cukuplah kami sua dengan judul lagu Isabella yang ditulisnya sewaktu baru berumur 25 tahun dari kugiran rock tersohor, Search.

Ya, Isabella yang membawa Search terkenal sehingga ke Indonesia, itulah lagu yang ditulis liriknya oleh Allahyarham dengan Datuk M.Nasir sebagai ‘dalangnya’.

Sepanjang hayatnya, Bob Lokman memang begitu akrab sebagai penulis lirik bagi kugiran rock. Allahyarham malah diketahui telah menulis sekitar 350 lirik untuk penyanyi tanah air.

Berikut detik detik terakhir Bob Lokman meninggalkan dunia hiburan di kaca TV.

Ayat deeep beliau:

“… takut banyak sangat ketawa, cepat pulak pergi nanti….”

Beliau sudah meninggalkan dunia sebelum meninggal dunia.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah. .

Bob yang juga penulis lirik lagu Isabella dan Taman Rashidah Utama meninggalkan seorang balu, Relawati Daud, 42, dan tujuh cahaya mata.

Allahyarham juga adalah cicit kepada seorang ulama terkenal di Kelantan iaitu Tok Kenali (1870-1933).

Dalam pada itu Dato Hattan menyifatkan arwah sebagai seorang intelektual, malah bahasa digunakan untuk menghasilkan lirik begitu sedap dan kehilangannya sukar dicari ganti.

“Selepas kehilangan arwah Loloq kira-kira 14 tahun lalu, kita kehilangan seorang lagi penulis lirik berbakat besar.

“Boleh dikatakan separuh perjalanan kerjaya seni saya bersama arwah. Kebanyakan lagu berentak balada, saya menaruh kepercayaan kepada arwah.

“Kami mula mengenali selepas sering berkampung di Studio Luncai Emas milik Datuk M Nasir di Sungai Buloh.

“Walaupun sudah tidak aktif dalam bidang seni, kami rajin berhubung. Hubungan kami sangat rapat hingga arwah sanggup datang berhari raya seorang diri di kampung halaman saya di Seri Menanti, Negeri Sembilan,” katanya yang menyanyikan lirik terakhir arwah menerusi lagu berjudul 5 Oktober.

Selain lagu Rendang Tak Berbuah dan 5 Oktober, arwah juga pernah menghasilkan lirik lagu Memburu Rindu, Kalis dan beberapa lagu lain.

Allahyarham Bob Lokman atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman, 58, meninggal dunia di kediamannya di Kubang Kerian, Kelantan akibat komplikasi jantung, jam 3 petang

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button