Uncategorized

“dia memang ada aura..” Penampilan terbaru Puteri Balqis raih pujiah melambung wargamaya

Sebut sahaja nama Puteri Balqis, tentu ramai yang mengenalinya sedari kecil lagi apabila wajahnya sering menghiasi kaca televisyen sehingga apa yang mengejutkan juga kerana dia memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2014.

Jadi bakatnya sebagai seorang pelakon sememangnya tidak lagi dipertikaikan penonton malah sejak dia mulai kembali aktif semula dalam dunia hiburan, ramai yang memberikan sokongan luar biasa kepadanya.

Malah terbaharu kemunculan Puteri Balqis dalam MV sebuah lagu nyanyian Yamani Abdillah membuatkan dia sekali lagi menarik tumpuan ramai.

Menerusi muat naik RusaMusic, Puteri Balqis dilihat terlibat dalam sebuah muzik video lagu nyanyian anak kepada penyanyi popular, Jamal Abdillah berjudul Balasan Janji Palsumu yang mana Puteri Balqis dilihat berlakon dalam MV tersebut.

Walau bagaimanapun, tidak hanya nyanyian Yamani Abdillah sahaja yang menerima pujian netizen malah ramai juga memberikan tumpuan terhadap lakonan sayu Puteri Balqis.

Sehingga ada yang berkata bahawa dia sememangnya sangat hebat dalam menghayati watak.

Malah pihak produksi yang terlibat dalam MV lagu tersebut juga merasa meremang dekat set shooting kerana Puteri Balqis.

Ini kerana aura penghayatan ketika berlakon dan mengeluarkan air mata dikatakan lain macam disamping dia turut dipuji terbaik.

“Puteri Balqis pandai menjiwai…”

Balqis

“Aqish memang power menjiwai”

IMG_20220928_101630

“Memang rugi besar yang buang dia dan tak ambil dia. Dia ada aura tersendiri”

Balqis

“Percayalah dia boleh naik kat level tinggi…”

IMG_20220928_101743

Terdahulu,Pendedahan yang dibuat oleh pelakon remaja, Puteri Balqis di podcast Bros Gang telah mendapat liputan meluas.

Ketika ini, isu tersebut telah menjadi kes polis selepas dia membuat laporan tentang gangguan yang dikatakan dibuat oleh bapa kandungnya sewaktu kecil.

Bapanya juga disahkan telah ditahan semalam di Kedah dan akan direman sehingga 12 September.

Memetik laporan dari Boom! Malaysia, ibu kepada Puteri Balqis memaklumkan yang anaknya telah digugurkan dalam satu projek drama di salah sebuah stesen televisyen swasta.

Tawaran kerja tersebut melibatkan 14 episod drama dan ia ditarik balik susulan isu viral yang menimpa pelakon terbabit.

Digugurkan dari drama

Memetik laporan dari Boom! Malaysia, ibu kepada Puteri Balqis memaklumkan yang anaknya telah digugurkan dalam satu projek drama di salah sebuah stesen televisyen swasta.

Tawaran kerja tersebut melibatkan 14 episod drama dan ia ditarik balik susulan isu viral yang menimpa pelakon terbabit.

“Sedih untuk beritahu, tawaran kerja untuk sebuah stesen televisyen swasta sebanyak 14 episod ditarik balik. Biasalah kes tengah viral.”

 

Bimbang juga jualan buku menurun

Tambah Norashikin Mohd Aziz atau Ashikin, mereka juga bimbang penjualan buku yang ditulis sendiri oleh Aqish iaitu 38 Poems of Puteri Balqis.

“Saya juga bimbang jualan buku juga akan perlahan,” ujarnya.

Walaupun bimbang pendapatan akan terjejas dan bagaimana kelangsungan hidup mereka kedepannya, Ashikin tetap percaya dengan rezeki yang sudah ditetapkan kepada mereka dua beranak.

“Saya risau, tetapi kami dikelilingi orang-orang yang baik dan amat membantu. Itu sudah memadai untuk saya terus kuat,” katanya optimis.

Terdahulu, Puteri Balqis telah digugurkan dari pengambaran sebuah drama disebabkan pendedahan yang dibuat kepada Bros Gang mengenai gangguan seksual yang dilakukan oleh bapa ketika kecil.

Dia juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Sri Damansara, Petaling Jaya Selangor pada Isnin lalu dan bapanya telah ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes tersebut.

SumberRusa Entertainment

Kredit:HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *