Uncategorized

“Sbnrnya Jadi Mngsa Keadaan..”- Akhirnya Noraniza Idris Jawab Isu Terlibat PenIpuan Penjualan Rumah RM10

Penyanyi terkenal, Noraniza Idris menafikan terbabit dalam kemelut yang melanda projek Skim Rumahku Syurgaku (RKSK) anjuran pihak pemaju MRF Consultant (M) Sdn. Bhd.

Tegas Noraniza yang turut mesra disapa Kak Ani, dia tidak dilantik secara rasmi sebagai duta projek terbabit kerana tiada sebarang perjanjian hitam putih antara pihaknya dengan syarikat pemaju tersebut.

“Seingat saya, perkenalan kami adalah sekitar Ramadan lalu di sebuah majlis berbuka puasa.

Saya diperkenalkan oleh rakan kongsi dari NIPV Management Sdn Bhd dengan individu daripada syarikat itu yang berminat untuk mempelawa saya untuk menjadi duta program kebajikan.

“Saya terbuka hati untuk menerima pelawaan itu secara lisan memandangkan saya sekian lama aktif dalam kerja-kerja kebajikan.

Hasrat saya cuma nak tolong rakan-rakan artis veteran yang susah, tiada kerja dan tiada rumah,”katanya.

 

Noraniza berkata demikian ketika ditemui pada sidang media khas yang diadakan di Hotel Royal Chulan, di ibu kota, malam ini.

Selain itu, Noraniza menyifatkan dirinya sebagai mangsa keadaan lantaran kerana perkenalan itu dibuat oleh rakan kongsinya.

“Selepas isu ini tular, saya yang berusaha mendapatkan penjelasan sebenar daripada pihak pemaju itu bagaimanapun ‘digugurkan’ daripada ‘perjanjian’ tersebut,”katanya.

Tambah penyanyi ini lagi, dia turut mengingatkan selebriti yang berminat dengan projek tersebut supaya mendapatkan maklumat terperinci skim itu supaya tidak ada perkara berbangkit di kemudian hari.

“Saya juga berpesan kepada mereka supaya tidak membayar melebihi RM10 kerana wang tersebut akan disalurkan ke akaun peribadi pihak terbabit.

“Lagipun saya tidak mengetuai projek itu sebaliknya hanyalah pemudah cara kepada rakan-rakan artis,” ujarnya.

Terdahulu, difahamkan pemaju hartanah yang memperkenalkan skim Rumahku Syurgaku telah menawarkan rumah berharga RM500,000 kepada penggiat seni atas nama tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Noraniza kemudiannya ditampilkan sebagai duta Pelancongan Seni dan Budaya serta Pemegang Amanah menerusi skim yang disebut khidmat sosial amal jariah membantu ummah itu.

Mengikut perjanjian, penggiat seni hanya perlu membayar RM10 untuk urusan penyerahan unit kediaman dengan harga terbabit.

Namun, dakwa pihak pemaju, jika ada selebriti ingin mendapatkan rumah berharga RM1 juta, mereka hanya perlu membayar RM10,000.

Dalam pada itu,PENYANYI Noraniza Idris mengambil keputusan menunda penganjuran persembahan terakhirnya sebelum bersara iaitu Konsert Malai Solo yang dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 23 Oktober 2022 di Panggung Sari, Istana Budaya Kuala Lumpur.

Noraniza, 54, menerusi kenyataan kepada media berkata, konsert berkenaan terpaksa ditunda atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan termasuklah kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijangka diadakan pada bulan berkenaan.

“Kemungkinan besar PRU akan diadakan pada Oktober dan November nanti. Ia menyukarkan penyusunan aturcara konsert termasuk aspek jemputan tetamu VIP, menteri serta wakil dari pihak kementerian yang menjadi salah satu tunggak utama penganjuran acara ini,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi dengan gelaran Ratu Etnik Malaysia ini menjelaskan pengarah muzik Datuk Ramli MS yang sepatutnya bertindak sebagai pengarah muzik konsert terikat dengan program Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) yang sedang berlangsung ketika ini.

Tidak hanya itu, Noraniza juga menjelaskan faktor kesihatan dan komitmen terhadap kerjaya yang padat turut menyumbang kepada penundaan konsert berkenaan.

“Pihak Astro tidak membenarkan Ramli terlibat dengan produksi lain ketika masih berada adalam kontrak bersama pihak Astro.

“Saya gagal mengurangkan beberapa komitmen dan aktiviti seni sehingga menjejaskan kesihatan sekaligus menggangu jadual latihan yang telah ditetapkan lebih awal,” ujarnya.

Sementara itu, penyanyi lagu Dikir Puteri ini memberitahu pihaknya masih belum mempunyai tarikh baharu bagi menggantikan konsert yang ditunda.

Terdahulu, selepas mengumumkan konsert berskala besar itu, ramai peminat mempertikai dan melahirkan rasa kecewa apabila tiket yang dijual didakwa terlalu mahal.

Tiket Konsert Malai Solo dijual pada harga RM299 sehingga RM1,599 dan bakal memperlihatkan 300 individu termasuk pemuzik, pasukan budaya dan kumpulan tenaga kreatif terlibat bagi menjayakan persembahan.

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *