Uncategorized

Perkahwinan Direstui Tapl Penuh Penlpuan”-Setahun Koma, Adik Mula B0ngkar Kisah Kahwin Jahidah

Perkahwinan mangsa keganasan rumah fangga, Jahidah Nordin, 43, sudah lebih setahun berlalu dan kini dia masih terlantar di atas katil selepas mengalami detik hitam dalam hidupnya sehingga pernah koma didakwa dipukul suami ketika sedang mengandung pada Mei tahun lalu.

Adiknya, Fauziah Nordin, 40, turut berkongsi satu video di media sosial Tiktok miliknya @ziahzara_15 yang memaparkan momen bahagia hari pernikahan Jahidah yang diraikan oleh ahli keluarga baru-baru ini.

Video yang dimuatnaik di laman Tlktok itu.

Video tersebut mendapat tontonan sebanyak 1.1 juta dan Fauziah turut meluahkan rasa hati tentang kejadian yang menimpa kakaknya yang masih belum pulih sehingga hari ini.

“Dah setahun lebih berlalu perkahwinan dengan restu dari semua keluarga tapi dimusnahkan dengan beribu penipuan dan memusnahkan hidup kakakku seumur hidup oleh lelaki ini,” kongsinya.

Menurut Fauziah, tiada banyak perubahan pada Jahidah yang kini masih lagi terlantar di atas katil dan tidak mampu memberikan respon.

“Memang keadaan fizikal sudah banyak berubah tidak seperti dulu. Kecederaan yang dialaminya akibat dipukul menyebabkan muka jadi seperti sekarang.

“Rahangnya patah, tempurung kelapanya juga terpaksa dibuang. Kejadian ini bukan sahaja menarik keceriaan kakak, malah kami sekeluarga, namun kami reda dengan ujian Allah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jahidah (gambar kiri) ketika detik manis perkahwinannya.

Fauziah berkata, tahap kesihatan kakaknya semakin baik, namun tiada banyak perubahan selain tidak boleh memberi tindak balas.

“Disebabkan sudah lama terlantar, badan dan pergerakannya agak kaku. Bulan November nanti kakak akan dimasukkan ke wad rehabilitasi kerana doktor mahu pantau keadannya,” katanya.

Ditanya mengenai keadaan Eshan Nufail yang kini sudah berusia 10 bulan, Fauziah berkata, bayi berkenaan masih tidak boleh duduk kerana tulangnya masih lembut dan perlu mendapatkan fisioterapi bermula pertengahan bulan ini.

“Saya selalu letakkan Nufail di sebelah kakak, adakalanya kakak mengeluarkan air mata. Mungkin dia sedih, namun tidak dapat meluahkannya,” katanya.

Sebelum ini, Kosmo!melaporkan dalam kejadian pada 4 Mei 2021, Jahidah yang menetap di Johor Bahru koma disebabkan kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak.

Jahidah pada mulanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan kemudian dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban atas permintaan keluarga dan nasihat pihak hospital.

Jahidah selamat melahirkan bayi lelaki, Eshan Nufail secara pembedahan pada 30 November 2021. – KOSMO! ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *