Uncategorized

‘Aku Sedar Aku Bukan Femes Pun..’ – Lan Siro Kini Cari Rezeki Men0reh Getah, Tetap Syukur Dpt RM20 Sehari

” Ye cari saya ke?? Ada ni ha menoreh getah..kerja kampung je masa ni. Alhamdulillah Allah pinjamkan lagi kudrat untuk kerja guna tulang 4 kerat ni..”

Itu luahan pelakon Lan Siro bertukar angin mencuba bidang baharu bagi menampung perbelanjaan harian selepas menyedari pasang surut dunia seni dan demi kelangsungan hidup,

SeIain mengusahakan kebun getah di kampungnya di Temerloh, Pahang, Lan juga mula berjinak-jinak dalam perniagaan menjual barangan bundle selain bekerjasama dengan beberapa orang rakan dalam projek penternakan kambing.

Dapat RM20 sehari pun rezeki

Menurut Lan atau nama sebenarnya Azlan Mokhtar, 40, pekerjaan baharu yang dilakukan ini juga merupakan salah satu usahanya supaya tidak terlalu bergantung harap melalui pendapatan sebagai pelakon.

” Sekarang ni musim hujan,harga getah jatuh.. tapi kalau tak buat lagi tak dapat. Alhamdulillah RM20 sehari pun rezeki..

” Aku tak up (kongsi) benda-benda glamour sebab aku sedar aku bukan famous pun nak up benda yang gah-gah..okay lah nk balik dah nak hujan..” luah Lan.

Tambah Lan, beliau terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan memandangkan sudah 2 bulan tidak mendapat tawaran berlakon dari mana-mana produksi.

” Kali terakhir saya terlibat dengan penggambaran adalah pada bulan Ramadan lalu.

” Sekarang ini kiranya lebih dua bulan tiada job jadi kenalah buat benda lain sebab kita tidak tahu sampai bila boleh berlakon.

” Di kampung ada sedikit kebun pokok getah saya usahakan namun hasilnya tidaklah banyak.

” Sekarang ini saya mula berjinak-jinak menjual barangan bundle. Selagi ada kudrat saya akan usaha buat apa sahaja.

” Industri juga tidak menentu sekarang ini tapi saya tidak mahu cepat melatah atau salahkan mana-mana pihak kerana kurang mendapat tawaran,” katanya kepda mStar.

Dah dua tahun bercrai dengan bekas isteri

Dalam masa sama pelakon Abang Sado Jemur Kain ini juga mendedahkan dia perlu bekerja keras kerana mahu memberi nafkah kepada dua orang cahaya matanya selepas hampir dua tahun berpisah dengan bekas isteri.

Mengakui hidupnya kini tidaklah terlalu senang, namun Lan bersyukur kerana masih diberikan rezeki dan peluang untuk mencuba sesuatu baharu.

” Hampir dua tahun saya menduda dan anak-anak tinggal bersama bekas isteri.

” Sebagai bapa saya kena kuat bekerja dan beri duit untuk anak-anak yang sedang membesar.

” Walau dalam keadaan apa sekalipun saya perlu jalankan tanggungjawan sebagai ayah.

” Syukur sekarang ini tidaklah susah. Masih boleh hidup seperti biasa, cuma tidaklah senang.

” Kalau dahulu saya boleh bergantung kepada pendapatan dalam dunia seni, sekarang tidak lagi. Kena cekap mengatur perjalanan,” jelas Lan lagi.

Tak putus asa cari peluang berlakon

Walaupun tawaran berlakon semakin perlahan, Lan berkata dia tetap akan meneruskan karier seni dan tidak pernah berputus asa mencari peluang.

” Saya tidak pernah tinggalkan dunia lakonan kerana minat yang mendalam. Tidak semua orang diberi peluang ini dan berlakon seakan-akan sudah menjadi makanan jiwa buat saya.

” Bukan lagi fikir soal glamor atau duit, tetapi saya anggap tanggungjawab untuk menjayakan watak supaya sampai kepada penonton.

” Mungkin suatu hari nanti saya tidak lagi berlakon dan akan terus terlibat dengan kerja belakang tabir.

” Ini adalah asam garam dunia seni dan terpulang kepada diri sendiri untuk terus bertahan,” ujarnya.

10 biodata dan fakta mngejutkan tentang Lan Siro

1) Pemilik nama sebenar Azlan Mokhtar ini merupakan anak kelahiran Temerloh, Pahang. Beliau dilahirkan pada 17 September 1982 dan kini menginjak usia 40 tahun.

2) Lan Siro bergiat dalam dunia seni sebagai pelakon dan model.

3) Bakatnya dicungkil daripada program realiti Anak Wayang pada tahun 2009 yang antara lain melahirkan pelakon Amar Baharin, Dayana Roza, Afzan A. Rahman dan Feeya Iskandar.

4) Antara drama dibintanginya seperti Jamilah I Love You, Abang Sado Jemur Kain, Bodyguard, Cinta Roller Coaster dan Dia Anak Jeneral.

5) Termasuk telefilem Mama Mama Mia, Istidraj, Perempuan Disarung Ungu dan Album Usang.

6) Pembabitannya di layar lebar menerusi filem Malay Regiment dan Ratu Kala Jengking.

7) Sinonim dengan watak antagonis dan drama bercorak aksi di bawah produksi A Aida Production Sdn Bhd.

8) Selain bergelar anak seni, beliau turut menyara kehidupan sebagai peniaga bazar Ramadan, jurulatih peribadi dan penjual makanan kesihatan.

9) Pada 2019, Lan Siro berkongsi kisah beliau menjadi penunggang Grab Food di sekitar Lembah Klang setelah 8 bulan tidak mendapat tawaran berlakon.

10) Pernah menjadi jurulatih peribadi kepada aktres Izara Aishah, Mimi Lana dan beberapa pelakon lain.

Sumber:mstar dan iluminasi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Sumber :  https://thebolalive.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *