Uncategorized

Tengah makan kuey teow goreng tiba2 nampak bendasing, ingatkan kulit ayam sekali rupanya..

MELIHAT kepada foto-foto dikongsikan saja sudah cukup membangkitkan rasa jijik, apatah lagi bagi si ‘mangsa’ yang mengalaminya sendiri!

Begitulah nasib yang menimpa seorang pelayar Twitter dikenali sebagai Hannah apabila berkongsi foto menunjukkan bendasing kelihatan seperti plaster luka dalam hidangannya.

Makanan tercemar tersebut merupakan kuey teow goreng yang dibeli melalui servis penghantaran makanan dari sebuah kedai di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Lebih meloyakan apabila plaster luka yang digoreng bersama kuey teow itu dipercayai sudah digunakan.

Ciapan asal yang menjadi tular.

“Terdapat plaster yang sudah dipakai dalam kuey teow. Saya nak menangis.

“Geli OMG (Oh My God) sudahlah ia (plaster) telah digunakan,” tulisnya bersama gambar di ciapan tersebut.

Selain itu jelas Hannah ketika membalas ciapan pelayar di Twitter, dia pada mulanya menyangka bendasing tersebut sebagai kulit ayam.

Katanya lagi, dia kemudiannya meletakkan ‘kulit ayam’ tersebut di tepi (atas penutup makanan) dan meneruskan menjamu selera.

Setelah hampir selesai makan, barulah rakan kepada wanita ini menyedari mengenai plaster yang diasingkan itu.

“Separuh jalan makan baru saya perasan benda tu. Saya sangkakan plaster itu cuma kulit ayam jadi saya biar tepi.

Twit balas daripada Grab.

“Lepas tu kawan saya nak habiskan makanan, dia yang perasan,” ujarnya lagi.

Sementara itu pengendali akaun Twitter @GrabMY turut melahirkan rasa terkejut dengan penemuan berkenaan.

Katanya mereka akan menyiasat dakwaan kecuaian membabitkan rakan niaga Grab itu dengan segera.

“Saya minta maaf kerana peniaga tidak memantau perkara ini dengan betul semasa penyediaan makanan!

Gila! Bayangkan orang tu ada penyakit berjangkit.

“Sila DM kepada kami nombor telefon dan nombor tempahan, kami akan menyemaknya,” demikian tulis pengendali Twitter Grab.

Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi warga maya yang turut merasakan insiden tersebut cukup menggelikan sehingga ada yang hampir muntah.

Malah beberapa warganet turut berkongsi pengalaman beserta gambar mereka menjumpai bendasing seperti kuku, paku, ulat, puntung rokok, dan banyak lagi dalam makanan mereka sebelum ini.
“Dah hancur benangnya, mesti owner dah pakai lama ni.


Wanita ini menjawab soalan daripada netizen.

“Sebab tu dalam F&B (food and beverage) di’haram’kan pakai plaster warna kulit macam ni kalau luka, kalau luka kena pakai plaster bercorak. Sekali pandang nampak macam sotong. Maaf.

“Aduh, kalau setakat ulat saya masih boleh tahan lagi. Yang ni! Dah la used plaster! Gila! Bayangkan orang tu ada penyakit berjangkit,” komen netizen membalas ciapan asal.

Untuk rekod, hantaran tersebut telah diulang kicau lebih 4,200 kali dan menerima lebih 4,200 tanda suka.

kredit:mstar/trendingsangat

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *