Uncategorized

“Kita memang sengaja bersikap terbuka..” Nad Zainal Respon I$u Pergi Bali Dengan Ungku Ismail

Terdahulu nama seorang selebriti wanita hangat diperkatakan selepas didakwa memuat naik foto bercuti bersama seorang pelakon lelaki, baru-baru ini.

Jumpa pengganti?

Memetik laporan Boom!, selebriti berstatus janda itu baru bercerai dengan bekas suami.

Namun, selebriti itu didakwa seronok bercuti ke luar negara sejurus tamat penggambaran sebuah drama.

Apa yang mengejutkan, aktres comel itu berdampingan dengan seorang aktor kacak yang masih bujang.

Sekiranya mereka berdua menjalin hubungan istimewa, cepat pula rasanya pelakon wanita itu mendapat teman pengganti.

Nad, Ungku Ismail pergi Bali atas urusan kerja

Pelakon Nad Zainal menepis dakwaan bercuti bersama pelakon dan pengarah, Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz di Bali seperti yang hangat diperkatakan netizen, baru-baru ini.

Tidak berniat menyembunyikan situasi sebenar, Nad menjelaskan, pemergiannya ke destinasi peranginan itu atas urusan kerja dan ditemani pembantu peribadi.

“Saya hendak tegaskan kami pergi untuk bekerja. Saya tidak pergi berseorangan. Sebaliknya, ditemani pembantu peribadi.

“Ini kerana kami kongsi perkara itu dalam media sosial. Lagipun, kami bukannya bercinta sampai tahap hendak ‘cover line’ (berselindung).

“Kita memang sengaja bersikap terbuka kerana kami mahu orang tengok,” katanya.

Mengulas keselesaan berkawan rapat dengan Ungku Ismail yang juga pelakon drama rantaian, Teman Lelaki Upahan itu, Nad atau nama sebenar, Farah Nadia Zainal Abidin mengaku serasi secara semula jadi kerana mereka berkongsi pemikiran dan visi sama.

Malah, akui Nad, mereka merancang pelbagai projek yang akan diusahakan bersama pada masa akan datang.

“Sepatutnya, sebelum ini, kami ada projek bersama tetapi tidak menjadi. Kami mula rapat selepas berlakon dalam telefilem Cina Buta.

“Selepas itu, dia tawarkan saya bekerjasama dalam projek travelog yang akan ditayangkan di YouTube.

“Projek travelog itulah yang membuatkan kami mengunjungi Bali. Mungkin selepas ini, kami akan pergi ke Phuket dan Seoul, Korea Selatan untuk tujan sama.

“Selain itu, kami merancang membuka syarikat produksi dan terbitkan drama bersama.

Nad menjelaskan pemergiannya ke Bali bersama Ungku Ismail adalah atas urusan kerja dan ditemani pembantu peribadi.

“Kami cepat serasi kerana kami berkongsi misi dan visi sama. Pemikiran kami serupa, jadi kami tidak ada banyak masalah untuk bekerjasama,” katanya ditemui pada majlis pelancaran filem Denu di sebuah hotel di sini, semalam.

Filem berkisar kehidupan Primadona Mak Yong itu diarahkan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.

Selain Nad yang memegang watak Asmah, filem menelan kos RM1.8 juta dibintangi pelakon handalan seperti Sabri Yunus, Hairi Safwan, Che Kem, Azman Hassan dan ramai lagi.

Netizen Dakwa Semakin ‘Daring’ Selepas Berstatus Janda, Ini Jawapan Nad Zainal

Selepas sebulan mengumumkan perceraian dengan bekas suami, Muhammad Faliq Amiruddin, pelakon Nad Zainal mengakui kehidupannya kini lebih tenang.

Kata Nad lagi, hidupnya juga lebih gembira serta hubungannya dengan bekas suami dan anak-anak baik-baik sahaja.

Namun, sejak kebelakangan ini ada netizen mengatakan Nad dilihat semakin ‘daring’ dalam lakonan serta pemakaiannya kelihatan agak seksi.

Menerusi satu perkongsian di BHOnline Instagram, sekaligus menjawab spkulasi yang hangat diperkatakan mengenai pelakon itu.

Menurut Nad, dia berperwatakan seksi adalah disebabkan tuntutan kerja dan gayanya sekarang sama sahaja dengan gaya sebelum berpisah dengan bekas suaminya.

“Nad tak pernah menganggap diri seksi, sebaliknya bergaya mengikut tuntutan watak. Sebelum berpisah, itulah gaya dirinya, tetapi netizen memberi perhatian selepas bercerai,” tulis posting tersebut.

Nad dan Faliq mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6 dan Budi Kalsom kini berusia setahun.

kredit: mstar/limauaaamboi

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *