Uncategorized

Kec0h Makcik Nasi Lemak ‘viral’, Fahrin Ahmad Luah Pendapat Buat Ramai Setuju -“Bersepah-sepah tempat orang meniaga benda yg hampir sama”

Semalam kecoh di media sosial tentang peniaga nasi lemak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) yang ‘diugut’ oleh seorang lelaki dan wanita, gara-gara menjual menu serupa.

Menurut perakam video tersebut, mereka membuka gerai di lokasi berkenaan atas permintaan pelanggan.

Namun begitu, jawapan tersebut tidak disenangi oleh ‘tauke’ pesaingnya sekali gus mengundang kecaman netizen.

Esok nak pergi beli dekat mak cik yang kena marah ni

Atas dasar simpati terhadap peniaga yang tak semena-mena diugut dalam klip video berkenaan, seorang pemilik akaun Twitter menyatakan hasrat untuk beri tanda sokongan dengan membeli nasi lemak daripadanya.

Tak cukup dengan itu, Mohammad Faeez Harith juga mahu berkongsi makanan tersebut dengan mana-mana individu yang menegurnya di sana.

Kedai mak cik yang kena marah tak buka…yang tukang marah buka, ada kereta Wira putih sebelah kedai dia

Namun sebaik tiba di lokasi kejadian sekitar pagi tadi, Mohammad Faeez mendapati gerai tersebut tidak dibuka.

Sebaliknya, cuma penjual nasi lemak yang muncul dalam video viral semalam saja berniaga hari ini.

Namun bagi mengelakkan sebarang konfrontasi, lelaki tersebut membeli sarapan di kawasan lain sahaja. Di samping itu, dia turut menyeru masyarakat agar mengambil iktibar sahaja daripada insiden kecoh semalam.

Lepas Ugut Orang Sebelah Tutup Gerai, Peniaga Nasi Lemak ‘Viral’ Kini Disaman?

Nak tutup periuk nasi orang…akhirnya kena kat diri sendiri, plus bayar saman

Terbaru, difahamkan gerai milik peniaga tersebut telah diserbu oleh pihak penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula.

Melalui foto kiriman netizen yang dimuat naik ke Instagram mStar Online, penjual nasi lemak tersebut juga diminta bayar sejumlah saman namun tidak diperincikan atas kesalahan apa.

Fahrin Ahmad Luah Pendapat Buat Ramai Setuju

SUSULAN video tular memaparkan dua peniaga gerai nasi lemak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Kuala Lumpur bertengkar kerana menjual menu sama menarik perhatian ramai netizen termasuklah pelakon Fahrin Ahmad.

Berkongsi pandangannya mengenai isu ini, Fahrin, 43, berpendapat tindakan menghalang peniaga lain mencari rezeki di lokasi yang sama adalah tidak wajar.

Tambahnya, peniaga perlulah bersaing secara sihat kerana jika makanan dijual sedap dan berkualiti maka tiada apa yang perlu dibimbangkan oleh mereka.

“Entah apa-apa, kalau peniaga masing-masing masak sedap, harga bagus, kualiti bagus apa nak takut… apa nak halang,” katanya.

Fahrin menulis pendapatnya itu menerusi ruangan komen di Instagram mStar Online Office.

Sedih menonton rakaman video yang tular itu, Fahrin berkata dia kecewa apabila melihat ada peniaga dalam kalangan bangsa sendiri mudah cemburu dan tidak senang melihat kejayaan orang lain.

Fahrin tampil menyuarakan pendapatnya.

Dalam hal ini, Fahrin berpendapat peniaga haruslah bijak menyusun strategi bagi menarik pelanggan membeli barangan jualan mereka.

“Stesen minyak banyak sahaja jenama yang buka bersebelahan, harga minyak semua sama. Tiada pula tauke mereka bergaduh buat aduan suruh kerajaan tutup.

“Bersepah-sepah tempat orang meniaga benda yang hampir sama, sedih betul tengok peniaga bangsa sendiri macam ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut memberikan komen terhadap kelakuan wanita itu yang dikatakan tidak percaya pada rezeki masing-masing.

“Dia tak percaya pada rezeki. Kelakar la awak. Takut persaingan ya.

“Melayu tak pernah nak maju, munculnya orang-orang macam inilah. Hasad dengki tak habis-habis,” tulis netizen.

Pada Selasa, tular rakaman video seorang wanita dikatakan menyerang peniaga yang menjual menu serupa dan memberi amaran kepada peniaga itu untuk tidak lagi berniaga di kawasan berkenaan.

Video itu menarik perhatian ramai dan rata-ratanya tidak menyokong perbuatan wanita berkenaan.

Sumber : MSTAR ONLINE/limauaaamboi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *