Uncategorized

“Tengok cermin memang malu..” Ada yang kata gimik, sekali Siti Jamumall kata tak sanggup korbankan kecantikan demi viral…

SELEBRITI media sosial Siti Jamumall menjelaskan isu rambutnya rosak selepas mendapatkan khidmat sebuah salon baru-baru ini bukanlah gimik pemasaran namun ia benar-benar berlaku.

Menurut Siti atau Siti Suriani Wahiddin, walaupun netizen berkata rambut boleh ditutup dengan tudung namun dia masih bersedih dengan insiden yang berlaku.

“Saya cuba untuk kuatkan diri dengan tak fikir memikirkan masalah tapi dalam masa sama cuba untuk pujuk hati sendiri.

“Perempuan memang akan sedih bila melibatkan rambut… memang netizen cakap boleh tutup pakai tudung tapi balik rumah tengok diri sendiri mandi tengok dekat cermin you akan down that’s it,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Siti mendedahkan sudah menghubungi peguamnya untuk tindakan susulan yang sewajarnya.

“Saya pun dah hubungi peguam saya untuk bagi sedikit pengajaran kepada salon tersebut supaya tidak buat kesilapan ini lagi,” ujarnya

 

Video:

Semalam, pengsohor dan usahawan Siti Jamumall melahirkan rasa kesal apabila rambutnya mengalami ker0sakan yang tervk ketika melalui proses melunturkan (bleaching) dan mewarna rambut di sebuah salon.

Menurut Siti Jamumall, rambutnya juga melalui proses bleaching yang agak panjang, selain mendakwa dirinya akan botak dalam masa dua minggu.

Melihatkan pada situasi berkenaan, pengarah dan penerbit, Michael Ang ‘menegur’ dan mengkritik Siti Jamumall kerana tidak memahami proses bleaching yang sebenar.

 

“Kalau orang Asia, nak bleach rambut ambil masa satu hingga dua jam, bukan setengah jam seperti yang didakwa. Saya pun bleach rambut dan memang prosesnya ambil masa. Nak propa pun agak-agaklah.

“Rambut dia tak akan b0tak. Memang kalau bleach, rambut akan gugur banyak. Semua orang bleach rambut pasti akan alami keguguran rambut.

“Dia cuma guna alasan itu untuk korang yang tak tahu ingat rambut betul-betul gugur.

Lebih-lebih rambut yang halus dan tak kuat, lagi akan gugur banyak,” katanya menerusi Instagram Live semalam.

Michael juga berkata, zaman sekarang menyaksikan ramai yang sanggup lakukan apa sahaja untuk tujuan marketing.

“Ala… sekarang marketing semua sanggup buat apa sahaja. Nampak sangat nak tunjuk satu Malaysia bodoh.

“Kau nak buat content boleh, takda siapa cakap tak boleh. Tapi buatlah content yang boleh dipercayai sikit.

Janganlah buat content untuk orang kutuk. Tapi saya rasa orang Malahysia ni suka buat content untuk orang kutuk. Sebab lagi kutuk lagi famous.

“Macam Lesti Kejora dan Rizky Billar tu… saya rasa content je,” ujar Michael lagi.

Dalam pada itu, Michael turut mencadangkan salon rambut yang sering dituju kepada Siti Jamumall.

“Kalau saya nak bleach rambut, takda maknanya saya ada masa nak buat live. Saya akan menggelabah. Takda masa nak nangis-nangis lagi

“Kata banyak duit, pergilah salon rambut saya di Pavilion. Bleaching, coloring, cut dekat RM3,000,” katanya lagi.

Rambut mungkin akan botak jika tidak dapat diselesaikan dalam masa dua minggu.

Terdahulu, Siti Jamumall berkongsi, dia berdepan masalah lebih besar iaitu rambut botak jika tidak dapat diselesaikan dalam masa dua minggu.

“Pendandan tu sampai lebih sejam lebih dia ‘bleach’ rambut saya. Apabila saya tanya, dia cakap itu perkara biasa. Masing-masing tak nak ambil tanggungjawab hingga saya buat ‘live’.

“Ketika itu semua kelam kabut datang nak buatkan rambut saya. Tapi, tak tahu boleh selamat lagi atau tak. Rambut ini adalah mahkota bagi setiap wanita. Sedih sangat dengan apa yang terjadi.

“Kawan saya yang kerja di salon ada cakap, selepas dua minggu rambut saya boleh botak. Kalau tengok sekarang dah macam apa. Kosong, habis nampak kulit kepala. Rambut saya sampai pendek dan putus banyak.

“Banyak kesilapan dia buat, pertama dia biarkan rambut saya dalam keadaan ‘bleach’ sampai lebih sejam lebih, dia biar begitu saja. Lepas tu pasang ‘hitter’.  Saya pula tak tahu semua ni. Saya percaya sebab dia cakap sudah tujuh tahun pengalaman dalam bidang ini,” katanya.

Vide0

Sumber: Gempak/mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *