Uncategorized

Remaja m4ut tertusuk pisau dibaling kakak. Ibu dedah apa yang dua beradik tu berebut masa dalam kereta

Iskandar Puteri: Akibat berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah, seorang remaja lelaki maut dipercayai tertusuk pisau dibaling kakaknya di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, polis menerima panggilan berhubung kejadian pada 2.15 petang.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati, kejadian berpunca daripada pergaduhan adik-beradik.

Menurutnya, ibu mangsa mendakwa mangsa berusia 16 tahun bergaduh dengan kakaknya berusia 18 tahun berikutan berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.

Katanya, kakak mangsa mengaku membaling pisau ke arah mangsa selepas dipersenda ketika masuk ke dalam rumah.

“Suspek ditahan dan perintah tahan reman akan dipohon.

“Mangsa disahkan meninggal dunia pada 2.30 petang hari ini.

“Bed4h siasat akan dijalankan esok di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseks4an,” katanya dalam kenyataan malam ini.

LOKASI kejadian remaja lelaki maut selepas ditikam kakaknya. FOTO Ihsan Pembaca.

Beriktu reaksi netizan

“Pesanan untuk diri saya dan yang lain.. sebagai ibubapa jangan sesekali pandang remeh perasaan anak2. Bersikap adil waima hal yang dirasakan remeh. Contoh tempat duduk di kereta, ada sesetengah ibubapa biar je anak kesayangan duduk kat tepi tingkap atau mana2 yang selesa hampir setiap kali. Anak2 lain kena beralah biasanya si kakak atau abang. Ada yang memendam sakit hati, lagi2 anak kesayangan tu mengejek2. Saya bukan mengata ibubapa arwah ye. Sama sekali tidak. Sebab saya tak tahu punca kejadian ni. Kadang2 sudah diberi layanan adil, kelakuan mereka sukar diduga. Wallahualam. Sekadar perkongsian. Salam takziah untuk keluarga arwah”

“Mak pak harap pantau bab² gurau adik bradik.. kalau nmpk gurau tu ada provok, menganjing tegur kan.. jgn anggap gurau semata² sbb ada kemungkinan ada hati yg tercalar.. utk kes ni mgkin kakak tak sengaja.. moga dipermudahkan urusan”

 

Kredit:hmetro/limauaaamboi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *