Uncategorized

“Pendapatan pemandu Grab lebih lumayan daripada kerjaya seni”-Danny X-Factor Tak Malu Bawa Grab, Beritahu Pendapatan Sehari Buat Ramai Trkejut

Lama tak dengar cerita mengenai Danny X-Factor, pelakon dan penyanyi itu berkata dia lebih suka memandu Grab kerana pendapatan diterimanya lebih lumayan.

Memetik BH Online, Danny atau Mohd Kardanie Anwa berkata dia sudah lima tahun menjadi pemandu Grab dan pekerjaan itulah yang menyelamatkannya ketika pandemik.

Saya buat semua kerja, saya memandu Grab, jual burger, minyak masak dan banyak lagi. Nak malu apa, asalkan saya cari rezeki halal dan tidak menipu orang.

“Sebenarnya, saya bekerja pemandu Grab sejak 2017. Inilah kerja yang menyelamatkan saya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu. Ketika PKP, isteri yang bekerja sebagai pramugari tidak ‘terbang’, jadi gaji pun tiada.

“Di situlah, kerja sebagai pemandu Grab banyak membantu saya. Kalau diikutkan, pendapatan pemandu Grab lebih lumayan daripada kerjaya seni. Pendapatan saya boleh cecah antara RM400 sehingga RM500 setiap hari,” katanya,

Dalam pada itu, Danny mengakui dia seronok menjadi pemandu Grab kerana pekerjaan tersebut menyenangkan hati, namun dia kini terpaksa berehat memandu Grab kerana sibuk berlakon.

“Bila memandu Grab, saya bertenang dan dapat berjumpa rakan, berborak dan sebagainya. Saya memandu Grab selepas melihat rakan sekeliling buat pekerjaan sama dan akhirnya rasa seronok.

“Bayangkan, ketika penggambaran pun saya nak habis cepat sebab saya mahu memandu Grab. Namun, saya berehat sekejap daripada memandu Grab kerana sibuk dengan lakonan dan kerja lain dalam industri seni. Alhamdulillah,” katanya.

“Ingat Semua Dah Lupa Aku..” – Danny X-Factor Terharu Masih Ada Peminat, Ramai Minta Buat Comeback

Danny X-Factor meluahkan rasa terharu apabila ada ramai peninat yang masih mengingati dan merinduinya terutamanya di platform TikTok.

Menerusi laman sosial tersebut, Danny atau nama sebenarnya Mohd Kardanie Anwa, 42, berkongsi catatan tersebut untuk tatapan umum.

“Ingat semua dah lupa aku. Selepas buka akaun TikTok terasa dihargai. Terima kasih pada yang dah hadir, like dan follow. Thanks guys,” tulisnya pada satu hantaran video.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya memberikan sokongan buat Danny untuk membuat kemunculan semula dalam industri seni tanahair.

“Insyallah,” jawab Danny pada komen tersebut.

Dalam pada itu, rata-rata wargamaya juga menyatakan yang mereka tidak pernah melupakan Danny kerana wajah tampannya cukup memberikan impak pada zaman remaja mereka.

“@hazwanhairul:Pehhh mana boleh lupa bang.. abang la punca ramai amek 125z merah putih dulu bang tahun 2001/2002.”

“@Akmal Hizzat Azizan:Dulu kalau apa-apa je asyik “weh ensem macam danny x factor tak?”

“@Shiapa aja la aku:bang, dulu aku rasa kau paling hensem dalam malaysia bang sumpah.”

“@smellliketeenspirit:mana bole lupa. abang dulu level-level Aaron Aziz Fatah Amin tau.”

“@Muhammad Iqbal:kami tak penah lupa pun..abang dah hiburkan zaman kecik kami.”

“@BlackSweet:Terima kasih Danny dan XFactor kerana pernah menghiburkan kami dan menceriakan hari-hari muda kami..semoga sihat selalu.”

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 400,000 tontonan daripada warga TikTok.

Sekadar info, Danny pernah mencipta kemahsyuran satu ketika dulu bersama kumpulan X-Factor yang dianggotai oleh Fendi, Zack, Shah dan Ivarn.

Selain dikenali menerusi Sehangat Api, 7251364 dan Tak Sanggup, Danny turut menempa nama menjadi pelakon dalam filem Seri Dewi Malam, Idola, No Problem, KL Menjerit 1 dan banyak lagi.

SUMBER BH ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *