Uncategorized

“Woww, berani betull..”- Confirm Gaji Berpuluh Ribu Ni! Aksi Wanita Luar Biasa Di Puncak Bangunan KLCC! Bukan Calang2

Ketika orang lain mengeluh tidak mempunyai kerja atau tentang pelbagai masalah dalam pekerjaan, seorang wanita ini tekad melaksana tugas walau berada di puncak pencakar langit, KLCC.

Semalam sebuah video tular memaparkan seorang wanita sedang melakukan kerja di atas bangunan Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Video tersebut dikongsikan oleh Facebook KL Foodie yang diambil daripada laman Instagram seorang jurugambar, Siva Kumar.

Video tersebut membuat ramai teruja, kagum dan memuji wanita itu. Tidak kurang juga yang tertanya-tanya siapa kelibat wanita besi yang tak gerun berada di bangunan berketinggian 452 meter itu.

Menurut jurugambar tersebut wanita itu sedang mengganti sistem lampu klasik yang berada di bahagian puncak bangunan tersebut kepada sistem pintar LED (. Menurutnya lagi, sebelum ini mereka menggunakan kepingan plastic berwarna untuk menukar warna lampu di bangunan ikonik itu.

Namun, dengan penukaran kepada sistem pintar, dalam masa 3 minggu lagi sistem lampu KLCC akan dikawal sepenuhnya sistem lampu teknologi terkini, RGB (Red, Green Blue) LED.

Normalia Sidek, Wanita Besi

Pasti ramai yang hendak tahu siapa kelibat wanita tegar in ikan? Normalia Sidek, 30, dari Nilai, Negeri Sembilan, seorang isteri, seorang ibu. Inilah orangnya yang kelihatan tanpa g4yat tetap tenang melalukan kerjanya dengan cekap dan lancar, tidak teragak-agak.

Bukan calang-calang orangnya! Seorang juruteknik akses tali (rope access). Sebuah kerjaya yang biasanya didominasi kaum lelaki namun bermodal minat mendalam, Normalia atau Maya memilih berada di bidang ini. Malahan, beliau mendapat jodoh di dalam bidang yang sama.

Biarpun segelintir orang mungkin menganggap wanita ini melakukan ‘kerja g1la’ kerana mempertaruhkan nyawa ‘tergantung’ di atas bangunan pencakar langit, namun beliau berasa terpanggil untuk mendedahkan realiti sebenar kerjayanya sekaligus memberi inspirasi kepada orang ramai khususnya kaum hawa.

Awalnya Minat Sukan Lasak ‘Rock Climbing’

Bercerita kepada Mstar pada tahun lepas bagaimana dia mula terjebak dalam kerjaya tersebut, Normalia atau senang disapa sebagai Maya berkata segala-galanya bertitik tolak daripada hobinya yang menggemari sukan lasak ‘rock climbing’.

“Ia memang sukan kegemaran saya. Jadi bila dapat tahu ada bidang kerja yang memanjat dan guna tali, saya terfikir nak mencuba. Saya berusaha ke arah itu dan menjalani training selama 6 bulan.

“Kali pertama dapat job selepas training, saya ditugaskan untuk satu tugasan maintenance di bangunan 30 tingkat. Saya masih ingat, saya menangis teresak-esak. Macam-macam perkara saya fikir masa ‘terg4ntung’ terutama ibu bapa.

“Terfikir juga ‘kenapalah aku pilih kerja ni?’. Namun mujur supervis0r pandai handle em0si saya dan berjaya juga laksanakan tugas tu.

“Kali kedua dan seterusnya, saya dah okay. Perasaan gayat tu tetap ada namun lama kelamaan hilang sebab akhirnya kita akan fikir, inilah kerja untuk cari makan,” ujar wanita ini.

Kini (2021) Maya sudah 4 tahun berkecimpung dalam bidang berkenaan sebagai seorang juruteknik akses tali bebas (freelance).

Juruteknik Akses Tali Luas Cabang Pekerjaan

Bercerita lebih lanjut mengenai kerjayanya, Maya berkata juruteknik akses tali tidak sekadar membersihkan tingkap bangunan pencakar langit semata-mata.

“Selalu orang ingat kerja tergan.tung pakai tali ni cuci tingkap je. Tapi sebenarnya tugas juruteknik akses tali ni luas… banyak cabangnya.

“Saya sendiri meneroka cabang-cabang baru dan ambil certificate pelbagai bidang dalam lapangan ini sebab terfikir, sampai bila nak cuci bangunan.

“Contohnya, baru-baru ini saya terlibat dengan tugas inspection di offshore. Ia antara satu kepuasan dalam bidang ini,” kata wanita yang berasal dari Nilai, Negeri Sembilan ini.

Pernah Sorok Pekerjaan Dari Ibu Bapa Sebelum Kantoi Di TV
Bercerita mengenai penerimaan ibu bapa, Maya mended4hkan dia menyorokkan kerjanya daripada pengetahuan keluarga pada awalnya, namun rahsia tersebut pecah selepas mereka menonton sebuah rancangan di televisyen.

“Kantoi bila mereka nampak muka saya dalam Majalah 3. Akhirnya saya mengaku saja. Alhamdulillah, ayah sangat menyokong… mak saya restu tapi biasalah, mak-mak mesti risau lebih.

“Saya bukan apa, segan nak beritahu takut mereka bangkang. Tapi akhirnya saya sedar, setiap langkah kita memerlukan d0a dan restu ibu bapa. Ada hikmahnya juga kantoi,” kata anak ke-5 daripada 6 adik beradik ini sambil ketawa.

Perasaan gayat tu tetap ada namun lama kelamaan hilang sebab akhirnya kita akan fikir, inilah kerja untuk cari makan.

Setakat ini, Maya mampu berbangga dengan pencapaiannya yang sudah berjaya menakluk puncak (pinnacle) bangunan ikonik Menara Berkembar Petronas.

“Ia antara bucket-list yang sudah berjaya dicapai. Seterusnya, saya punyai impian nak takluk Burj Khalifa di Dubai pula,” katanya.

Suami Dalam Bidang Sama
Siapa sangka, wanita ini bertemu jodoh dengan jejaka yang juga berkecimpung dalam bidang yang sama.


Kredit : Linkedin Normalia
“Tak sangka langsung bakal suami pun dalam bidang ni. Tapi saya bersyukur sangat kerana dia sangat memahami kerana berada dalam bidang sama. Tak semua orang boleh faham dan terima wanita kerja macam ni kan,” ujarnya yang telah bernikah dengan jejaka pilihan hati pada 21 Oktober 2021.

Banyak berkongsi gambar dan suasa bekerja di laman Instagramnya, Maya memaklumkan ramai yang bertanya tentang pekerjaan tersebut.

“Ramai yang tanya macam-macam selepas saya share. Alhamdulillah, secara tak langsung mereka tertarik nak tahu lebih lanjut.

“Apapun bagi mereka di luar sana, kalau teringin lakukan sesuatu, jangan teragak-agak lakukannya.

“Jangan rendah diri kalau bidang kerja didominasi lelaki. Pendek kata, tiada apa yang mustahil. Semuanya terletak pada diri sendiri,” katanya lagi.

Hebat, sangat menginspirasi!

Lihat Video Wanita Di Sini : Iron Lady On Top Of KLCC!
Reaksi Warganet

Sumber : Facebook KL Foodie/ Instagram SK/ mstar, https://www.harmagidun.com/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *