Uncategorized

“Ada minyak tumpah ke?”- Chombi nyanyi live Di MHI, Netizen pula perasan benda lain bila lihat Chombi secara Live

Sejak kebelakangan ini, lagu berjudul Sayunk I Love You mencetuskan fenomena luar biasa terutama di kalangan pengguna aplikasi TikTok. Bukan itu sahaja, bahkan pemilik suara tersebut iaitu Chombi juga menjadi perhatian ramai.

Terbaharu, penyanyi berusia 15 tahun itu hadir ke sebuah program Malaysia Hari Ini (MHI) bagi mempromosikan lagunya selain meluankan rasa tidak sangka kerana ia menjadi tersohor termasuk pendengar di Indonesia.

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok, Chombi yang juga anak kepada penyanyi Harry Khalifah dilihat sempat mendendangkan lagu tersebut secara langsung.

Gementar pun suara masih sedap macam recording

Pemilik nama Siti Maryam ini mendapat pujian ramai apabila suaranya dikatakan sama seperti dalam rakaman video tersebut walaupun menyanyi secara siaran langsung.

Tapi, muka tu pakai produk apa? Bercahaya betul

Walaupun ramai memberikan pujian, namun masing-masing memberikan komen terhadap wajahnya yang bersinar sehingga membuatkan mereka tertanya akan produk kosmetik atau penjagaan muka dipakai oleh Chombi.

Ada minyak tumpah ke?

Tidak kurang juga ada yang mengatakan muka Chombi yang bersinar itu seperti minyak yang tertumpah dengan banyak kerana dilihat sangat berkilat.

Spray atau polish muka tu?

Tak kisahlah muka berkilat seperti lori minyak tumpah sekalipun, asalkan orangnya sedap dan suara tidak menyakitkan telinga, sudah cukup. Mana tahu nanti ada rezeki jadi pelakon pulak? Atau dicalonkan ke Anugerah Juara Lagu atau Muzik-Muzik?

Biarpun baru mencipta nama di arena muzik arus perdana, nama penyanyi Chombi sudah ‘melekat’ di hati pendengar muzik tempatan, apabila mendapat perhatian selepas lagu-lagunya sering mendominasi carta tontonan di laman YouTube.

Mengorak langkah, Chombi kini mengekalkan populariti sedia ada menerusi single terbarunya, Sayunk I Love You yang merupakan ‘buah tangan’ kedua diterbitkan.

Jom kenali bintang ‘BBNU’ yang juga terkenal dengan lagu Rindu Rindu ini.

10 Fakta Chombi, Penyanyi Lagu Sayunk I Love You Dan Rindu Rindu

1. Siti Maryam Ahmad Sairi atau lebih dikenali sebagai Chombi dilahirkan pada 21 Januari 2007.

2. Chombi ialah anak kepada komposer dan penyanyi ternama, Harry Khalifah (Apak). Adik beradik beliau yang lain termasuk penyanyi Mizan Harry Khalifah (abang).

3. Menceburi arena seni sejak umur 13 tahun.

4. Minatnya dalam bidang nyanyian telah disedari oleh ibu bapanya sejak kecil iaitu ketika berusia tujuh tahun.

5. Sepanjang berada dalam arena muzik, penyanyi remaja ini pernah tampil dengan dua dendangan lagu, iaitu Rindu Rindu dan Sayunk (Sayang) I Love You.

6. Lagu Rindu Rindu menjadi cukup popular, namun paling kuat pengaruhnya di negeri-negeri Pantai Timur.

7. Kepuasan muzik Chombi terletak pada genre dangdut yang mana dia berharap dapat mencuba aliran muzik itu suatu hari nanti.

8. Majoriti komen netizen mengenai vokalnya positif apabila ramai yang memuji nyanyiannya sebagai lunak dan merdu.

9. Pernah membuka ruang kepada orang ramai yang berminat menghantar penyertaan dan mencuba nasib untuk membuat penampilan sebagai model “hero” dalam muzik video lagu baharunya, Sayunk I Love You.

10. Baru sahaja mendapat adik perempuan awal tahun ini, dia dikhabarkan bakal menyambut kelahiran seorang lagi adik tidak lama lagi.

Sumber: TikTok @syafiq.cools, omm, limauaaamboi

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *