"Saya tidak mahu hidup saya dikongkong oleh orang lain.. Ramai 'sakit mata' tengok pakaian Syafinaz, ini respond tuan badan - Menujukebenaran
Uncategorized

“Saya tidak mahu hidup saya dikongkong oleh orang lain.. Ramai ‘sakit mata’ tengok pakaian Syafinaz, ini respond tuan badan

PETALING JAYA – “Saya mahu hidup yang gembira tanpa memerlukan nasihat daripada orang lain tentang apa yang perlu saya lakukan. Kalau suka, ikut. Kalau tak suka, ‘just swipe’ (abaikan)”.

Demikian tegas juri tetap Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Datuk Syafinaz Selamat ketika menjawab soalan tentang penampilannya pada malam tadi yang dilabel segelintir netizen sebagai mencolok mata dan tidak sesuai untuk tontonan umum.

Mempertahankan penampilannya yang dikatakan ‘keterlaluan’pada konsert suku akhir GV9, Syafinaz yang juga guru vokal itu menjelaskan itulah imejnya sejak dahulu lagi.

“Dari dahulu sampai sekarang, inilah saya. Usia saya bakal mencecah 50 tahun pada tahun hadapan. Saya tidak mahu hidup saya dikongkong oleh orang lain.

“Jadi kalau anda suka dan gembira dengan saya, ikutlah. Tapi kalau anda tidak gembira (dengan penampilannya), abaikan.

“Semuanya pilihan kita sendiri. Nak komen pun jika perlu sahaja. Kalau rasa tak nak komen, jangan komen apa-apa,” ujarnya kepada Kosmo! Online.

Pada masa sama, Syafinaz turut menasihati masyarakat supaya tidak memeningkan kepala untuk memberi komen terhadap sesiapa sahaja di dunia ini.

“Kenapa awak perlu susahkan hati dan minta? Saya tidak rasa Tuhan kata awak perlu komen semua orang dalam dunia ini.

“Jalani kehidupan anda sendiri. Saya tidak kacau awak, awak jangan kacau saya,” katanya.

Bercakap tentang penampilan dan gaya fesyennya yang sering mencuri tumpuan netizen setiap konsert mingguan GV9, Syafinaz menjelaskan, dia hanya dibantu pasukan yang dipercayai dan selesa bekerjasama.

“Mereka (pasukan tatarias) tahu dan lebih teruja berbanding saya setiap minggu. Saya hanya akan luluskan apa yang saya mahu.

“Pada saya, kita perlu berfesyen tapi jangan jadi hamba fesyen. Jangan buat benda yang menyebabkan kita nampak buruk,” katanya.

Terdahulu, penampilan Syafinaz pada konsert minggu kesembilan, GV9 pada Ahad menuai kritikan segelintir netizen apabila dikatakan seksi dan tidak sesuai untuk ditonton seisi keluarga.

Syafinaz dilihat memakai busana yang menggunakan material kain net, sehingga seolah-olah menampakkan kulit pada bahagian dada dan lengannya.

Rata-rata netizen berpendapat pakaian sebegitu tidak seharusnya dipakai dalam sebuah program yang ditonton seluruh lapisan usia.

“Baju Syafinaz malam ini sangat tidak sesuai,” komen netizen.

“Tiada sesiapa ke nak tegur baju Syafinaz agak s3ksi untuk konsert GV9 pada malam ini?” ciap seorang lagi netizen

Tangkap layar komen netizen berhubung baju Syafinaz Selamat pada malam konsert suku akhir, GV9.

Sebelum ini, penampilan Syafinaz sering meraih pujian ramai pada setiap konsert kerana kerap tampil dengan busana anggun dan unik.

Asheed Tiada Rezeki Ke Semi Final Selepas Raih 58.60%, Shila Amzah Meroket Dengan 85.30%! Ini Nilai Markah Semuanya

Penyanyi Asheed (Def Gab C) diumumkan sebagai bintang yang tersingkir dalam saingan Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) minggu suku akhir sekaligus gagal melangkah ke peringkat seterusnya.

 

Asheed yang menyampaikan lagu Lena Diulit Intan yang dipopularkan oleh Wings hanya memperoleh 58.60 peratus markah, menduduki tempat yang paling rendah minggu ini.

Sementara itu, persembahan bertenaga Shila Amzah ketika menyampaikan lagu Survivor dari Destiny’s Child berjaya meraih markah tertinggi iaitu sebanyak 85.30 peratus.

Hazrul Nizam dan Jaclyn Victor masing-masing menduduki kedudukan ketiga dan keempat dengan 81 peratus dan 80.50 peratus.

Berikut kedudukan markah kesemua bintang bertanding minggu ini:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button