Uncategorized

Mas Khan Mengaku Tak Solat Penuh 5 Waktu Tapi Dia Beritahu Bagaimana Dia Cari Pahala Lain

Baru-baru ini, pelakon lelaki, Mas Khan ada menjawab pertanyaan pengikutnya menerusi Ask Me Question di platform Instagram.

Di dalam pertanyaan tersebut, individu terbabit menanyakan soalan berkenaan bagaimana untuk menjadi seorang yang berjaya dan adakah Mas Khan menunaikan solat 5 waktu sehari.

“Saya Pandang Lebih Pada Hati” – Mengaku Jarang Solat 5 Waktu, Mas Khan Cari Cara Lain Tambah Pahala

Tidak melatah dengan soalan yang diberi, pelakon terbabit mengakui dirinya memang jarang menunaikan solat 5 waktu, namun tahu bahawa solat itu wajib dilakukan dan tiang agama umat Islam.

Tambahannya lagi, solat wajib 5 waktu itu sememangnya tersasar, namun dia mencari alternatif lain untuk menambah pahala dengan melakukan ibadah lain.

Sebelum ini, nama pelakon berusia 28 tahun ini telah terpalit dengan isu membela haiwan peliharaan anjing dan ramai pertikaikan tindakannya itu.

Mas Khan Perjelas Sebab Bela Anjing, Tak Kisah Dikecam

“Kita Bukan Tak Tahu Halal Haram” – Mas Khan Perjelas Sebab Bela Anjing, Tak Kisah Dikecam

Sedia maklum, pelakon Mas Khan telah menerima kecaman yang hebat daripada kalangan netizen baru-baru ini kerana membela seekor anjing baka German Shepherd yang diberi nama, Cash.

Bagi menjelaskan hal terbabit, Mas Khan membuat satu hantaran di Instagram bagi menjelaskan bahawa sebab dia membela haiwan peliharaan tersebut untuk melindungi persekitaran.

Bahkan, pelakon itu juga mempunyai akademi dipercayai bagi berkongsi ilmu mengenai pelaburan dan perdagangan sekali gus memerlukan kawalan serta jagaan keselamatan daripada haiwan tersebut.

Dalam pada itu, pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu turut meluahkan dirinya tidak kisah jika dikecam kerana membela anjing sebagai haiwan peliharaan serta turut menjelaskan lukisan seakan-akan tatu di bahagian tangan serta lehernya.

Setiap kali pegang dalam keadaan kering atau basah, kita akan guna sabun samak. Kita bukan tak tahu apa halal apa haram.

Mas Khan atau nama sebenarnya, Mas Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan memohon maaf jika dia menyinggung perasaan netizen terutamanya umat Islam kerana membela anjing sebagai haiwan peliharaan.

Sumber: BeautifulNara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *