Uncategorized

Selepas kekalahan besar BN dalam PRU15, Najib Razak telah keluarkan satu kenyataan dan minta anaknya sampaikan buat ramai tak sangka

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa rundingan antara Barisan Nasional (BN) dengan mana-mana gabungan perlu mengambil kira kepentingan parti itu.

Perkara itu disampaikan oleh anaknya, Nooryana Najwa menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Najib, rundingan tersebut perlu mengenepikan perbezaan sentimen serta mengambil kira pendapat semua Ahli Parlimen BN yang berjaya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Sekiranya BN perlu berunding dengan mana-mana gabungan, maka rundingan ini patut mengambil kira kepentingan jangka masa panjang UMNO dan BN dan bukannya untuk kepentingan sementara,” jelasnya.

Dalam pada itu, Najib juga meluahkan perasaan rindu terhadap sahabat-sahabatnya dalam BN.

Beliau berkata, harapan dan kepercayaannya bahawa UMNO dan BN merupakan parti keramat, pasti akan bangkit semula.

KENYATAAN PENUH NAJIB RAZAK YG DISAMPAIKAN OLEH YANA NAJIB

Pesanan ayah kepada BN pagi tadi semasa satu perjumpaan keluarga:

Sekiranya BN perlu berunding dengan mana-mana gabungan bagi menyelesaikan masalah parlimen tergantung dan untuk membentuk kerajaan, maka rundingan ini patut mengambil kira kepentingan jangka masa panjang UMNO dan BN dan bukan hanya untuk kepentingan sementara.

Rundingan ini perlu mengenepikan perbezaan sentimen serta perlu mengambil kira pendapat semua ahli parlimen BN yang berjaya pada PRU15.

Dato’ Sri Najib juga ingin sampaikan bahawa dia amat merindui sahabat-sahabatnya dalam BN. Beliau juga menegaskan harapan dan kepercayaannya bahawa UMNO dan BN merupakan parti keramat yang pasti akan bangkit semula.

Semoga Allah sentiasa memberkati perjuangan kami. – Yana Najib.

Sumber: kosmo online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *