Selesai ibadat haji, aksi nenek-nenek ‘buang’ jubah… Melaram sakan atas kapal terbang macam fashion show tarik perhatian ramai

PELUANG untuk mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Makkah dianggap sebagai kemuncak perjalanan hidup setiap umat Islam.
Malah, rukun Islam kelima itu pastinya akan membuka mata para jemaah, sekali gus meningkatkan keimanan mereka kepada Allah.
Seperti yang diketahui umum kini jemaah haji musim ini mula berangkat pulang ke negara masing-masing secara berperingkat.
Terbaharu, tular satu video di aplikasi TlkTok memaparkan sekumpulan jemaah haji wanita sedang bergaya sakan dipercayai sebelum pesawat yang dinaiki mereka mendarat.
Video yang dikongsi seorang lelaki itu meraih 2.1 juta tontonan di aplikasi berkenaan.
“Jemaah haji Bugis Makassar tak ada lawan bestie. Cantiknya. MasyaAllah,” tulis lelaki itu pada video berkenaan.
Dipercayai kumpulan jemaah haji berkenaan adalah berketurunan Bugis dari Makassar, Indonesia.
Pemilik video itu dipercayai bertugas sebagai kru kabin yang menguruskan perjalanan kumpulan jemaah berkenaan.
Menerusi video yang dikongsi, kelihatan beberapa jemaah wanita menggayakan pakaian warna-warni, Iengkap dengan barang kemas dan cermin mata hitam.

Malah, suasana dalam pesawat kelihatan cukup meriah, persis pertunjukan fesyen.
Beberapa jemaah wanita warga emas di dalam pesawat berkenaan dilihat sedang bersolek di tempat duduk masing-masing sambil diperhatikan rakan yang lain.
Salah seorang jemaah yang tersenyum manis biarpun tidak mempunyai gigi penuh turut mencuit hati penonton.
“Faham, faham. Tak semua manusia boleh tinggalkan duniawi untuk kejar akhirat.
“Nak pergi haji atau nak pergi kenduri kahwin.
Sebahagian jemaah haji yang dirakam dalam video tular itu.
“Meriah betul pergi haji,” tulis beberapa netizen.
Dalam pada itu, beberapa individu yang mengaku berketurunan Bugis turut berkongsi pandangan mereka berhubung video itu.
“Adat dan tradisi, susah dihapus. Nenek gua dulu juga begitu.
“Saya orang Bugis tapi Alhamdulillah keluarga saya tak begitu naik haji, pulangnya juga biasa je. Seperti orang-orang lain umumnya.
Netizen berkongsi pendapat berbeza mengenai penampilan kumpulan jemaah itu.
“Nak hairan, tapi mamaku dari 2004 rombongannya juga begini.
“Tapi memang budaya di Selatan Sulawesi (Sulsel) Bugis memang begitu. Daripada nenek-nenek dulu jugs sudah begitu.
“Nak hairan tapi saya orang Bugis,” tulis seorang lagi netizen berseloroh.
Video :
KOMEN NETIZEN :
Sumber : Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: