“Dia pergi pkul 11malam tadi..” Rohana Jalil Meninggal pada usia 68 tahun..

SHAH ALAM – [DIKEMASKINI] Penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi.
Difahamkan, Rohana, 68, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11.30 malam di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Perkara itu turut disahkan oleh pengurus peribadi Rohana yang dikenali sebagai Suzie kepada Sinar Harian.
“Kak Ana dah pergi tadi 11.33,” katanya.
Ujarnya, Rohana atau nama sebenar, Dara Abd Jalil dirawat di hospital sama akibat kebocoran usus.
Menurut Suzie, suami Allahyarham memberitahu jenazah akan dimandikan dan disolatkan di Masjid Al-Falah USJ 9, Subang Jaya.
Media sebelum ini melaporkan, Rohana yang popular menerusi lagu Rayuanku sebelum ini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak 28 Mac lalu, sudah dipindahkan ke unit dependensi tinggi (HDU).
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: